YBhg Dato’ Dr. Mohamed Said bin
Mat Lela
Tarikh Lahir: 06 Februari 1949
Tempat Lahir: Kampung Sungai Buloh,
Mentakab, Pahang

Alamat:

Lot 210, Jalan Damai 14
Kampung Seri Damai
25150 Jalan Gambang
Kuantan, Pahang
Tel. (bimbit): 6(012) 7083043
Email: msmatlela@yahoo.com

TEMPOH DI TC/TK : 1968 – 1972
BIDANG PENGAJIAN : Ukur Tanah dan

Pemetaan

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN TAHUN
University of Nottingham, England 1992
Doktor Falsafah (Ph.D) (Remote Sensing)
Biasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
University of Glasgow, Scotland 1986
M.App Science in Topography Sciences
Biasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
North East London Polytechic, England 1977
B.Sc (Hons) in Land Surveying Sciences
Biasiswa Kerajaan Malaysia
ITC, Enschede, The Netherlands 1973
Diploma Cartographic Engineer
Biasiswa Kerajaan Belanda
Institut Teknologi Kebangsaan (ITK), Kuala Lumpur 1972
Diploma Ukur Tanah
Biasiswa Kerajaan Negeri Pahang
SEJARAH PERKHIDMATAN
Naib Canselor 1 Februari 2007 – 15 April 2008
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Gambang, Pahang Darul Makmur
Rektor (VK7) 16 Januari 2005 – 31 Januari
2007

Page 2 of 4

YBhg Dato’ Dr. Mohamed Said
TC/TK Batch 1968 – 1972
Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia
(KUKTEM)
Gambang, Pahang Darul Makmur
Profesor (VK7) 10 November 2004 – 15 April
2008

Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia
(KUKTEM)
Gambang, Pahang Darul Makmur
Pengetua Kolej 11 1 Februari 2004 – 30 April 2004
Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi
Malaysia
Skudai, Johor Darul Takzim
Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail 1 Februari 1996 – 30 September
2004

Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi
Malaysia
Skudai, Johor Darul Takzim
Profesor Madya 14 April 1994
Fakulti Ukur, Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor Darul Takzim
Felo Kampung Pelajar Resak 1 Disember 1992 – 30 Januari
1996

Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi
Malaysia
Skudai, Johor Darul Takzim
Ketua Jabatan Fotogrametri & Kartografi 1 Julai 1983 – 30 Jun 1987
Fakulti Ukur, Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor Darul Takzim
Felo Kampung Pelajar 1 1 Julai 1985 – 10 November 1987
Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi
Malaysia
Skudai, Johor Darul Takzim
Pensyarah 1 Julai 1985
Fakulti Ukur, Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor Darul Takzim
Penolong Pensyarah ‘A’ 17 Julai 1977
Fakulti Ukur, Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor Darul Takzim
Penolong Pensyarah ‘B’ 26 Jun 1972
Fakulti Ukur, Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor Darul Takzim

BUTIR-BUTIR KELUARGA
Isteri : YBhg Datin Nor Aziah binti A.Aziz
Tempat Lahir : Kuantan, Pahang Darul Makmur
Anak : 1) Aminatul Nor

Page 3 of 4

YBhg Dato’ Dr. Mohamed Said
TC/TK Batch 1968 – 1972

: 2) Rabiatul Huda
: 3) Nor Aisyah
: 4) Nor Aida
: 5) Nor Aini

SECEBIS KENANGAN DI TECH COLLEGE

SECEBIS KENANGAN DI TECH COLLEGE
Pada bulan Jun 1968 saya telah menerima surat tawaran Kursus Permulaan di Maktab Teknik, Jalan
Gurney, Kuala Lumpur yang ditaja pengajian oleh Biasiswa Kerajaan Persekutuan. Pada usia baru
menginjak 19 tahun, seorang budak kampung dari Mentakab, Pahang dengan latar belakang keluarga
yang miskin dan kedua ibu bapa yang buta huruf memulakan hidup baharu berhijrah ke Ibu Kota,
Kuala Lumpur.
Pelbagai pesanan ditinggalkan oleh kedua ibu bapa saya sementelah pemergian saya seorang diri ke
Kuala Lumpur. Antara pesanan ibu yang masih diingat dan diamalkan sehingga kini adalah “Sentiasa
jaga diri dan ingat pada Allah SWT dan jangan tinggal sembahyang”. Satu lagi pesanan ibu saya yang
saya akan sentiasa kenang ialah, “Belajar biar bersungguh-sungguh hinggalah menjadi orang yang
berjaya”. Diikuti pula dengan pesan ayah ‘Bila sudah mendapat kerja, kerja lah elok-elok dan baik-
baik, jangan khianat orang, jangan tipu orang, biar orang buat kita tak apa, Tuhan akan balas
perbuatan orang yang khianat kita. Ingatlah kita jangan aniaya orang. Itulah antara pesanan dan
peringatan kedua ibu bapa saya yang menjadi memori dalam hidup saya.
Antara kenangan ketika di Tech College adalah ketika minggu orientasi. Saya tinggal di Asrama Blok
F bersama-sama pelajar freshie yang lain dan ketika itu, banyak peristiwa buli berlaku atau ‘ragging’
oleh pelajar senior kepada kami. Disebabkan kami freshie, kami terpaksa mengikut sahaja arahan
pelajar senior dan hanya membantah dalam senyap. Namun, ada ketika bagi mengelakkan daripada
kena buli, selepas makan malam, kami akan menyelinap keluar dari asrama dan akan ke Stadium
Angkatan Tentera yang berdekatan. Kami hanya akan pulang semula ke asrama lewat malam ketika
suasana agak reda.
Lazimnya, setelah freshie menjadi senior iaitu pada tahun kedua pengajian, giliran kami pula untuk
membuli pelajar freshie yang baharu. Namun begitu, ia bukannya sesuatu yang digemari oleh saya.
Saya akan memerhati sahaja gelagat rakan-rakan membuli pelajar freshie dan ada ketika saya cuba
juga menegur.
Saya masih teringat satu peristiwa di mana saya menegur rakan saya yang hendak melastik pelajar-
pelajar perempuan dari Blok G yang akan berjalan melalui Blok F. Saya katakan padanya, “Apalah
faedahnya awak melastik mereka? Mereka tidak mengganggu awak pun”. Kata-kata saya itu masih
diingati oleh rakan saya dan menjadi kenangan mengusik jiwa, apabila kami berjumpa semula 20
tahun kemudian.
Pelbagai peristiwa dan kenangan yang tidak dapat saya lupakan sepanjang berada di Tech College
yang mengeratkan lagi persahabatan saya dengan rakan-rakan lain yang datang dari seluruh
Malaysia. Antaranya menerima pelawaan seorang sahabat untuk mengikutinya pulang ke
kampungnya di Kelantan semasa cuti penggal dengan menaiki kereta api, dari Kuala Lumpur ke
Tumpat. Tentunya perasaan teruja dirasakan kerana itulah pengalaman pertama menaiki kereta api
yang juga mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke destinasi. Selain ke Kelantan, semasa
tempoh pengajian di Tech College, saya bersama rakan-rakan juga berkesempatan bercuti ke
Melaka, Seremban dan Pulau Pangkor.

PENCAPAIAN SELEPAS TECH COLLEGE

PENCAPAIAN SELEPAS TECH COLLEGE
• Mac 1972 peperiksaan akhir Tech College.
• April / Mei 1972 keputusan diumumkan.
Pada sekitar bulan Mei /Jun 1972, saya masih menunggu tawaran penempatan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) memandangkan
ada di antara kalangan rakan-rakan saya yang sudah pun mendapat tawaran pekerjaan.
Usaha saya untuk bertemu dengan Ketua Pengarah JUPEM untuk bertanya mengenai peluang
dan tawaran pekerjaan tidak berhasil. Namun, saya masih berkesempatan untuk bertemu dengan
Timbalan Ketua Pengarah JUPEM. Di dalam perbincangan kami, saya telah mengajukan satu

Page 5 of 4

YBhg Dato’ Dr. Mohamed Said
TC/TK Batch 1968 – 1972
soalan kepadanya iaitu, “Jika saya bekerja dengan JUPEM adakah saya akan diberi peluang
untuk melanjutkan pelajaran saya”. Masih tegar di ingatan saya akan jawapan yang diberikan
ketika itu, beliau nada bersahaja berkata “Don’t hope for one, you can never get one”. Kata-kata
tersebut tentulah mengundang sedikit kekecewaan kepada saya. Tetapi saya tidak membenarkan
ia mematahkan semangat saya; dan menghalang saya untuk menggapai cita-cita yang diimpikan.
Pesanan Ibu dan Ayah terus menjadi inspirasi and pembakar semangat untuk terus ke hadapan.
Alhamdulillah, sekitar bulan Jun tahun 1972, saya ditawarkan sebagai Penolong Pensyarah ‘B’ di
Institut Teknologi Kebangsaan (ITK), dahulunya dikenali sebagai Maktab Teknik dan pada sekitar
bulan Oktober 1972 saya ditawarkan mengikuti Kursus Cartographic Engineer di ITC Netherlands
di bawah tajaan Biasiswa Kerajaan Belanda bermula Januari 1973. Sejak itu, saya berpeluang
untuk melanjutnya pelajaran ke peringkat Ijazah di London, Sarjana di Glasgow dan seterusnya
Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Remote Sensing di University of Nottingham, United
Kingdom.

PENCAPAIAN PROFESSIONAL PALING SIGNIFICANT

PENCAPAIAN PROFESSIONAL PALING SIGNIFICANT
 36 tahun dalam bidang pendidikan (1972 hingga April 2004)– mendidik, memotivasi dan
membangun kepimpinan mahasiswa dalam akademik, sahsiah dan rohani
 Mulai Januari 2005 mengetuai pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Awam sebagai Rektor
dan disusuli sebagai Naib Canselor di Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia
(KUKTEM) yang kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang (UMP).
 4 tahun sebagai Ketua Jabatan Fotogrametri dan Kartografi (1983-1987) – merancang
pembangunan jabatan/fakulti berkaitan dengan kurikulum, pembangunan staf dan makmal
sebelum dan semasa perpindahan kampus UTM dari Kuala Lumpur ke Skudai, Johor.
Menyediakan dokumen tender peralatan yang bernilai lebih RM5 juta.
 Menyediakan kertas kerja penubuhan Pusat Remote Sensing UTM pada tahun 1986.
 Berpengalaman dalam penyelidikan Remote Sensing dan Pemetaan; membina kerjasama
dengan institusi penyelidikan dari Eropah, Australia dan Jepun.
 Presiden Persatuan Melayu di Universiti Nottingham, United Kingdom (1990-1991).
 Lebih 10 tahun (dari Disember 1992 – September 2004) sebagai Pengetua Kolej Kediaman
Pelajar dalam pentadbiran asrama, menjaga kebajikan pelajar dan melahirkan insan yang
serba boleh dalam akademik dan bukan akademik sebagai pemimpin masa depan.
 Lebih 6 tahun sebagai Pengerusi / Ahli Panel Lembaga Tatatertib Pelajar UTM (1997-2004).
 Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan sebagai yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) Sekolah Menengah Skudai Johor (1993 – 2004)

SEBUAH KENYATAAN PERIBADI (QUOTE)

“Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita
akan peroleh apa yang kita hajati”

  • YBhg. Dato’ Dr. Mohamed Said

MAKLUMAT TAMBAHAN

MAKLUMAT TAMBAHAN
17 Feb 2008 : https://www.thestar.com.my/news/education/2008/02/17/varsitys-plans-for-the-future/
11 Dis 2007 : https://www.thestar.com.my/news/community/2007/12/11/ump-top-student-sets-up-
supply-firm-after-graduation/
11 Feb 2007 : https://www.thestar.com.my/news/nation/2007/02/11/smallsized-schoolboy-gets-a-
chair-to-help-him-in-class/

Page 6 of 4

YBhg Dato’ Dr. Mohamed Said
TC/TK Batch 1968 – 1972
Lain-lain : https://pnc.ump.edu.my/index.php/en/about-us/list-of-vice-chancellor-s

TAMAT.